Monday 9 September 2013

Capal Dwi-fungsi


Capal dwi fungsi adalah salah satu capal rekaan En.Amin dan dikeluarkan oleh ISK Smart Craft. Capal ini di ilhamkan dari reka bentuk capal rasul mempunyai reka bentuk yang unik. uniknya capal ini adalah penggunaannya boleh dipakai pada kaki kiri mahu pun kanan dan boleh di pakai oleh lelaki mahupun wanita. cara pemakian capal ini agak berlainan dimana si pemakai tidak memasukkan ibu jari kaki tetapi memasukkan jari telunjuk kaki. Pada peringkat awal pemakaiannya agak janggal tetapi lama kelamaan ia akan menjadi lebih selesa.
Capal Dwi fungsi didatangkan dengan 3 jenis reka bentuk iaitu reka bentuk dari kulit kepala (atas sebelah keri), rekabentuk dari kulit lembu biasa (atas sebelah kanan) dan rekabentuk 100% kulit (bawah).

Oleh kerana tapaknya rata capal ini sesuai dipakai oleh lelaki mahupun wanita.


Beginilah cara pemakaian capal dwi fungsi dimana jari kaki tunjuk dimasukkan ditengah-tengah sendalnya.

 

Saturday 20 July 2013

CAPAL BUKAN SAHAJA UNTUK LELAKI



Pada 15 Jun yang lalu Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) telah mengadakan majli Konvokesyen, Mesyuarat Agong ke 48 dan Majlis Makan Malam Dan Sambutan Israq Mikraj di dewan Haji Maideen, Ampangan Negeri Sembilan.

Apa yang menarik disini adalah pengguaan capal oleh semua peserta program tidak kira lelaki mahupun wanita.

Ini menunjukkan capal bukan sahaja cantik dipakai oleh orang lelaki malah wanita juga.

Capal bukan sahaja bergaya dipakai oleh lelaki, malah
 cantik dipakai oleh wanita.
Beberapa peserta wanita menggayakan capal mereka.

Monday 24 June 2013

Blog Capal Melaka kini Mudah dilayari

Kini dengan hanya menaip 'capal melaka' di dalam sistem pencarian google, peminat-peminat capal boleh melayarai Blog Capal Melaka dengan lebih mudah.

Disini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan-rakan facebook yang telah mempromosikan blog ini.

Sesungguhnya sokongan bukan sahaja membantu perniaga Melayu seperti saya malah anda juga telah membantu mengekalkan dan mempertahankan tradisi budaya Melayu terutamanya capal.

Terima kasih semua.
 Perancangan akan datang, kami akan menghasilkan blog capal melaka versi bahasa inggeris untuk memperkenalkan tradisi bangsa melayu ke luar negara dan mengembangkan lagi perniagaan kami.

Monday 10 June 2013

Capal

Capal adalah sendal kaki yang diperbuat daripada kulit yang telah di pakai oleh orang Melayu sejak zaman dahulu lagi. Capal berasal dari India, yang menggunakan istilah capali. Capal telah dibawa oleh pedagang-pedagang dari India ke Melaka. Ketika zaman kesultanan Melayu Melaka capal telah digunakan oleh pembesar-pembesar negeri. pengguanaan capal juga menunjukkan status seseorang itu pada ketika zaman itu.

Kini capal boleh digunakan oleh setiap lapisan masyarakat Melayu khasnya. Capal merupakan warisan daripada kebudayaan Melayu. Malah tidak lengkap baju Melayu jika tidak memakai capal. Capal bukan sahaja sesuai dengan penggunaan baju Melayu, malah amat sesuai dengan pakaian kasual yang lain.

Terdapat banyak rekaan capal antaranya adalah capal rasul, capal dwi-fungsi dan capal Melayu asli. Capal rasul adalah capal yang dikatakan mirip kepada rekaan capal Rasullah SAW yang sebenar, manakala capal dwifungsi pula adalah capal yang boleh dipakai dikiri atau kanan kaki.

Seperti silat, capal juga adalah sebuah warisan yang perlu dipertahankan. Ini kerena capal merupakan salah satu identiti bangsa Melayu yang menjadi kebanggaan si pemakainya.