Sejarah ISK Smart Craft

ISK Smart Craft telah ditubuhkan oleh En.Amin Bin Mustafa pada tahun 2002. Nama syarikat ini diambil sempena nama anak beliau iaitu Mohammad Iskandar Bin Mohd.Amin yang lahir pada tahun yang sama. Saban tahun syrikat ini telah berkembang dari sebuah syarikat pembuatan capal yang kecil sehinggalah telah mampu menyaingi menjadi terkenal di negeri-negeri selatan Malaysia seperti N.Sembilan, Melaka dan Selangor.



Produk keluaran syarikat ini telah diiktiraf sebagai keluaran yang terbaik. Ini terbukti dengan penulisan beberapa artikal yang telah di keluarkan daripada akhbar-akhbar tempatan dan telah mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat-peminat capal tanah air.

Produk syarikat ini juga telah menembusi pasaran luar negera terutamanya negera Timur Tengah seperti Syria dan Arab Saudi.

Kini produk-produk keluaran syarikat ISK Smart Craft boleh didapati
di Tesco Bandaraya Melaka.


No comments:

Post a Comment