Profile En. Mohd. Amin Bin Mustafa

En. Mohd Amin Bin Mustafa memulakan kerjaya sebagai tukang kasut pada awal tahun 80-an. Besandarkan kepada pengalaman beliau, beliau mula berjinak-jinak membuat berangan kulit seperti tali pingang, tali jam, bag duit dan sandal tanpa pendidikan asas dan krusus dalam bidang kraf.

Diatas kesedaran beliau dalam mempertahankan warisan Melayu, anak jati negeri Melaka ini mula berjinak-jinak membuat capal. Ditambah pula sandal rekaan beliau mendapat sambutan di kalangan masyarakat ketika itu.

Kemudian pada tahun 2000 beliau telah meninggalkan kerjaya sebagai tukang kasut dan dari situlah beliau telah bergiat aktif menghasilkan capal. Penjualan capal beliau amatlah memberansangkan dan terdapat banyak tempahan yang beliau terima.

Akhirnya pada tahun 2002, beliautelah menubuhkan sebuah syarikat beliau sendiri. Syarikat ISK Smart Craft merupakan nadi peruangan beliau. Nama syarikat ini adalah bersempena nama anak beliu yang lahir ketika itu, iaitu Muhammad Iskandar Bin Mohd. Amin.

Beliau telah mengetengahkan nama ‘ISK SMART CRAFT’ dan ‘CAPAL’. Capal rekaan beliau ini boleh didapati dalam pelbagai bentuk dan saiz dari dewasa hinggalah kanak-kanak serta dari yang asli klasik dan juga yang telah dipermodenkan.

‘ISK SMART CRAFT’ akan terus dipertahankan kerana ia adalah nadi dan asas keluarga yang diperjuangkan. Ia TETAP AKAN UNGGUL.

No comments:

Post a Comment