Monday 24 June 2013

Blog Capal Melaka kini Mudah dilayari

Kini dengan hanya menaip 'capal melaka' di dalam sistem pencarian google, peminat-peminat capal boleh melayarai Blog Capal Melaka dengan lebih mudah.

Disini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan-rakan facebook yang telah mempromosikan blog ini.

Sesungguhnya sokongan bukan sahaja membantu perniaga Melayu seperti saya malah anda juga telah membantu mengekalkan dan mempertahankan tradisi budaya Melayu terutamanya capal.

Terima kasih semua.
 Perancangan akan datang, kami akan menghasilkan blog capal melaka versi bahasa inggeris untuk memperkenalkan tradisi bangsa melayu ke luar negara dan mengembangkan lagi perniagaan kami.

Monday 10 June 2013

Capal

Capal adalah sendal kaki yang diperbuat daripada kulit yang telah di pakai oleh orang Melayu sejak zaman dahulu lagi. Capal berasal dari India, yang menggunakan istilah capali. Capal telah dibawa oleh pedagang-pedagang dari India ke Melaka. Ketika zaman kesultanan Melayu Melaka capal telah digunakan oleh pembesar-pembesar negeri. pengguanaan capal juga menunjukkan status seseorang itu pada ketika zaman itu.

Kini capal boleh digunakan oleh setiap lapisan masyarakat Melayu khasnya. Capal merupakan warisan daripada kebudayaan Melayu. Malah tidak lengkap baju Melayu jika tidak memakai capal. Capal bukan sahaja sesuai dengan penggunaan baju Melayu, malah amat sesuai dengan pakaian kasual yang lain.

Terdapat banyak rekaan capal antaranya adalah capal rasul, capal dwi-fungsi dan capal Melayu asli. Capal rasul adalah capal yang dikatakan mirip kepada rekaan capal Rasullah SAW yang sebenar, manakala capal dwifungsi pula adalah capal yang boleh dipakai dikiri atau kanan kaki.

Seperti silat, capal juga adalah sebuah warisan yang perlu dipertahankan. Ini kerena capal merupakan salah satu identiti bangsa Melayu yang menjadi kebanggaan si pemakainya.